Khamis, 15 Januari 2009

JIEMMAN - Utusan Keempat

Bacalah, kamu akan mengerti nanti...
YAHUDI LAKNAT
Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.

Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang.

Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.

Selanjutnya, suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak sangat risau, seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya. Menteri-menterinya menyedari hal ini, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya beberapa malam yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.
Tidak seorang pun yang diberitahu tentang mimpi itu, dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah SAW. Kerana beliau sendiri telah bersabda: “Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat aku di waktu bangun, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku.” Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu sehubungan dengan peperangan. “Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tapi mengapa kali ini baginda kelihatan amat sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir: “Ah, ini tentu ada yang tidak mengena pada keperibadian Baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat Islam,” kata Nuruddin dalam hatinya.
Dekat seminggu lamanya Raja adil itu memikirkan dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang pertama dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi: “Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!” Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwudhu’, terus bersolat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam sunyi itu. Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi. Dalam masa yang tidak seberapa lama, sudah tiga kali beliau berjumpa Rasulullah dalam keadaan muram. “Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh ku simpan seorang sahaja,” kata Nuruddin pada dirinya sendiri. Apabila baginda tergerak hatinya untuk memanggil orang kepercayaannya, baginda teringat akan sabda Rasulullah: “Bahawa apabila seseorang bermimpi buruk, hendaklah jangan diceritakan kepada sesiapa pun. Insya Allah tidak akan terjadi apa-apa.” Nuruddin berfikir sekejap. Sanggupkah dia menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia termulia.
Selepas solat Subuh di pagi hari Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat wara’, taqwa dan amanah seperti Rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin sehubungan dengan mimpinya. Kerana Nuruddin yakin, bahawa walau bagaimanapun Jamaluddin tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja. Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, di sana sini kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin Al-Mushly sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjung titah baginda.

“Engkau adalah orang yang paling ku percaya untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku padamu,” kata Raja kepada Jamaluddin dan menceritakan mimpi yang dialaminya. Jamaluddin mendengarkan dengan serius. Ia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita Rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata: “Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah.” “Betul itu. Aku pun ingat demikian,” kata Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin. Nuruddin bertanya: “Jadi, agak-agak apakah pendapatmu tentang mimpiku itu.” Jamaluddin menjawab: “Menurut pendapat hamba, ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut.”

Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuannya setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin. Baginda percaya bahawa pendapat menterinya itu benar belaka. Berkata Nuruddin: “Pendapatmu betul, sekarang ke mana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Jamaluddin mengajukan usul: “Bagaimana kalau sekiranya baginda raja yang pergi ke Madinah Al-Munawwarah terlebih dahulu. Di sanalah tuanku dapat berdoa di makam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk kepada Allah di sisi kubur kekasihNya. Mudah-mudahan, di sana tersingkap rahsia mimpi paduka itu.”
Semua persediaan dan perbekalan segera dipersiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat ibu kota berpusu-pusu di hadapan istana negara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Raja yang mereka hormati. Berangkatlah Raja yang adil bersama beberapa pegawai tinggi negara menuju Madinah.

Di setiap kampung yang dilaluinya, baginda disambut mesra oleh rakyatnya. Baginda merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyatnya. Rakyat pun berasa gembira melihat Raja yang berjiwa rakyat dan tidak putus-putusnya tersenyum kepada semua rakyat. Namun, di sebalik senyuman raja yang dilepaskan kepada rakyatnya, ada perasaan risau dan ngeri yang menghantui baginda secara berterusan. Yakni wajah kedua lelaki yang dilihat dalam mimpinya selalu membayangi kemana sahaja baginda pergi. Tidak sesaat pun wajah itu hilang dari pandangan baginda. Baginda juga dapat menggambarkan dengan jelas tentang perwatakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajahnya, matanya, susunan giginya, mulutnya, janggutnya bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka itu. Kalau, kedua lelaki itu melintas di hadapan baginda maka sudah pasti, baginda akan menangkapnya. Disebabkan baginda sentiasa asyik memikirkan tentang kedua lelaki itu, kadang-kadang baginda terpisah dari rombongannya. Baginda tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, baginda pergi secara persendirian mengembara antara bukit-bukit.

Para pengawal tidak berani menegur apa-apa sebaliknya mereka hanya memerhatikan Raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkannya apabila beliau terpisah jauh dari rombongan. Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan baginda sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu baginda: “Tuanku, sekejap lagi kita akan memasuki ke kota Rasulullah SAW, oleh itu bersiap sedialah tuanku.” Berkata Raja: “Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?” Berkata Jamaluddin: “Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba’ dan bersolat tahiyyatul masjid, ini adalah untuk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah SAW sendiri.” Kemudian Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba’, rombongan diraja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia inilah jenazah yang teramat mulia Rasulullah SAW bersemadi.

Perasaan mereka yang berada di hadapan tempat jenazah baginda Rasulullah SAW disemadikan adalah amat berlainan sekali, mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Lalu Raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah SWT supaya rahsia di sebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Degupan hati Raja yang begitu khusyuk dalam doanya menyebabkan air mata mengalir tanpa disedarinya. Memang di sinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah SAW semakin jelas di mata Raja seolah-olah Rasulullah SAW menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Raja. Baginda terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi: “Kenalilah aku, dan bebaskanlah aku dari kedua lelaki ini.”

Setelah baginda raja berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil gabenor Madinah dengan berkata: “Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah tanpa ada sesiapa pun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan mereka.” Berkata gabenor Madinah: “Baik tuanku, segala titah raja akan dijalankan.” Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah.

Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya: “Atas perintah Raja Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran denganya, sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Raja Nuruddin hendak bertemu dengan semua penduduk di sini.” Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul, gabenor Madinah pun melapurkan kepada Raja: “Tuanku, semua rakyat telah berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku.” Berkata Raja Nuruddin: “Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk bersalaman dengan saya?” Berkata gabenor Madinah. “Insya Allah.” Setelah Raja mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka Raja pun segera pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya.

Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari-cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. Berkata Raja, Nuruddin: “Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”

Raja Nuruddin berkata: “Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?” Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata: “Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga.”

Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: “Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.” Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti sama ada beliau bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya mata beliau terang-terang. Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: “Siapakah kamu berdua ini.” Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan.

Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. Raja Nuruddin serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawwuf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawwufan mereka. Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.

Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak, kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: “Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?” Berkata raja Nuruddin: “Ya, sudah.” Jamaluddin bertanya: “Yang mana satu tuanku?” Berkata Raja Nuruddin: “Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku.” Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin: “Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?”

Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata Rajanya maka dia pun berkata: “Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat.”

Berkata Raja Nuruddin: “Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat.”

Raja Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi: “Apakah yang harus kita lakukan?” Berkata Jamaluddin: “Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.

Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja. Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”

Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.
Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.
Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah SAW. Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.

Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.

Allahu a’lam..

Jumaat, 9 Januari 2009

JIEMMAN - Utusan Ketiga

Salam semua... ari nih aku sibuk giler... xtau nape aku leh dpt selonggok kerja... huhu... tp xpe, aku kan rajin... (nks sedapkan ati aku je) hahaha... tapi xpe, aku okay je...

Nnt kita sambung lg laaa... ari ni solat Jumaat, jap lg nk kena gi...
Sebelum tu, aku ada dpt emel... Aku nk kongsi ngn korang... (korang suka ke, tak ke, korang kena baca gak...) Ini pasal kesedaran utk kita...

KEJAHATAN YAHUDI TERHADAP UMAT ISLAM

Kita sebagai umat Islam wajib berasa sedih sekiranya pemimpin-pemimpin Islam kita dikawal ucapan dan pergerakan mereka oleh Yahudi, Amerika dan konco-konconya(freemasonry). Sebelum membuat penghujahan, kita akan cuba menyelidik punca semua ini berlaku yakni punca Yahudi membenci Islam.

Apabila kita meneliti sejarah lampau, Islam tidaklah menindas Yahudi seperti mana Kristian dan bangsa lain menindas mereka. Perhatikan Nebuchadnezzar sebagai Raja Babylon ketika menakluk Baitulmuqaddis dahulu, beliau telah memusnahkan Haikal Sulaiman, akibatnya orang Yahudi telah dihalau daripada Baitulmuqaddis.

Zaman pemerintahan Rom pula memberitahu kita bahawa tentera Rom telah memusnahkan Kuil Kedua orang Yahudi dan menyebabkan Yahudi memberontak dan dihalau daripada Baitulmuqaddis.

Hingga pada zaman penjajahan Maharaja Byzantine iaitu Constantine. Beliau membina Baitulmuqaddis sebagai pusat keagamaan Kristian dengan membina Church of the Holy Sepulcher. Orang Yahudi tetap tidak dibenarkan memasuki Baitulmuqaddis.

Populasi Yahudi dari Tanah Israel telah diusir dan dijual kepada perhambaan sepanjang Empayar Rom. Sejak itu orang Yahudi telah hidup pada hampir setiap negara di dunia terutamanya di Eropah dan Timur Tengah.

Ini menunjukkan bangsa Yahudi tetap tidak diiktiraf oleh mana-mana empayar pada zaman dahulukala.

Dalam Perang Salib, kekejaman tentera Salib terhadap orang Yahudi berlaku di bandar-bandar Jerman dan Hungary - kemudiannya di Perancis dan England -dengan pembunuhan golongan yang tidak bersenjata beramai-ramai secara kejam di Palestin dan Syria menjadi bahagian bermakna dalam sejarah anti-Semitisme, walaupun tiada perang Salib yang dilancarkan terhadap orang Yahudi.

Maka menurut hukum yahudi (talmud) yang merujuk kepada rabai ataupun ketua keagamaan mereka, musuh utama mereka ialah semua agama terutamanya Katholik akibat dendam perang Salib yang berlaku dulu.

Kemudian setelah kejatuhan agama Kristian bermula Revolusi Eropah pada kurun 17M, mereka telah menghalakan serangan mereka ketas agama Islam pula. Nyata, Yahudi memang berhasrat untuk menguasai dunia kerana kegemilangan tamadun islam pada waktu itu lewat kejatuhan Eropah dalam zaman kegelapan.

Bangsa yang degil lagi sombong.

Prinsip hidup mereka pula beranggapan mereka bangsa yang terbaik didunia ini. Kerana itulah sasaran mereka beralih kepada Islam yang pernah melalui zaman kegemilangan, ketamadunan dan keilmuan. Merujuk buku 'Gerakan Freemasonry,Orientalisme dan Kristianisasi-Musuh dalam Menghancurkan Islam' yang ditulis oleh Haji Nik Azran Muhamad dan Haji Mohd Mahadi Haji Isa -dibawah tajuk Prinsip Freemasonry yang ketiga menyatakan :

"Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa terpilih dan mereka bertebaran di atas muka bumi ini sebagai satu rahmat".

Dalam protokol lain pula menyatakan : "Sesungguhnya kita adalah pilihan Allah yang ditugaskan untuk memimpin dunia ini dan Allah telah menganugerahkan kebijaksanaan yang luar biasa supaya kita mampu melaksanakan amanah itu".

Inilah sifat degil dan sombong yang mereka warisi dari keturunan nenek moyang mereka lagi. Mereka pernah melalui sejarah hidup yang teruk dari zaman Nabi Musa hinggalah sekarang. Apabila sejarah kerosakan peradaban berlaku pada sesuatu bangsa maka ia akan tercatat sebagai sebuah bangsa yang rosak pada generasi seterusnya melainkan perubahan berlaku.
Hakikatnya dalam sejarah Yahudi terlalu banyak nikmat yang Allah telah berikan kepada bangsa mereka terdahulu melalui Bani Israel. Bani Israel bermaksud keturunan Israel. Asal usul perkataan dan istilah Israel ini ialah dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s).
+Allah swt menyelamatkan mereka dari kezaliman Firaun.+Mereka juga dapat menjalani kehidupan di kawasan yang subur.+Mereka didatangkan Rasul dikalangan serta mempunyai kitab tersendiri.

Bangsa yang mengingkari para Nabi dan Rasul.

Seperti hari ini, mereka tidak dapat menerima kelebihan yang ada pada orang lain. Mereka juga membelakangi wahyu Allah kepada Musa supaya berpindah ke Palestin. Alasan diberikan kerana mereka takut menghadapi suku Kan'an.

Pada waktu itu sewaktu Nabi Musa bermunajat kepada Allah selama 40hari, kehidupan Bani Israil terumbang-ambing seolah dalam kegelapan. Maka seorang ahli sihir bernama Samiri telah mengambil peluang mencipta satu kesyirikan dengan membina sebuah patung berupa lembu emas akibat tidak yakin dan tidak sabar menunggu kedatangan Nabi Musa semula.
Bani Israel juga bukanlah bangsa yang boleh berpijak dengan kaki sendiri dan memerlukan juga panduan dari seorang Rasul. Buktinya, ramai para Nabi dan Rasul diutuskan Allah untuk bangsa mereka. Maka tertolaklah kesombongan mereka yang mengakui sebagai bangsa terbaik didunia.Terdapat ramai Rasul-Rasul terkemuka diutuskan di kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Ayyub, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Zulkifli, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa', Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan Rasul yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah.

Ini menunjukkan betapa ramai para Nabi dan Rasul diutuskan khusus kepada mereka tetapi masih lagi tidak dapat memperbaikkan sifat dan perbuatan mereka malah sejarah melakarkan mereka sanggup membunuh Nabi mereka terdahulu.

Yahudi zaman pertengahan hingga ke hari ini.

Pada zaman pertengahan, mereka pernah menjadi buangan di daerah sendiri seperti peristiwa holocaust iaitu pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi kepada beberapa kumpulan etnik, agama, nasional, dan sekular sewaktu Perang Dunia II.
Sasaran utama mereka ialah golongan Yahudi dan penentang Hitler lalu dianggap sebagai "penyelesaian terakhir kepada permasalahan kaum Yahudi" yang merempat dan punca kelembapan ekonomi pada waktu itu. Dikatakan seramai 6 juta orang Yahudi telah dibunuh. Sistem kasta telah wujud pada waktu itu. Sewaktu pemerintahan Adolf Hitler, rakyat Jerman berbangsa Yahudi disisihkan dan dianggap sebagai kelas kedua.
Malah pada sekarang ini, dunia islam masih tidak mengiktiraf pendudukan Yahudi di tanah yang mereka rampas dari rakyat Palestin.

Membina strategi baru.

Yahudi juga telah bersekongkol menubuhkan Zionis .Zionisme adalah gerakan nasionalisme Yahudi yang berusaha menghasilkan negara Israel. Bagi melicinkan pergerakan mereka dan dapat diterima pelbagai pihak, Freemasonry ditubuhkan.
(Pergerakan Freemason dipelopori oleh orang Yahudi yang ingin mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian mereka akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial-wikipedia).
Cogankata Freemasonry adalah :

+kebebasan (Free)+Persaudaraan (Friend)+Persamaan (Faithful)

PBB sebagai agen Yahudi.

Menurut buku Gerakan Freemasonry,Orientalisme,Kristianisasi-Musuh dalam menghancurkan islam, antara agenda PBB ditubuhkan ialah bagi melindungi bangsa Yahudi daripada ditindas dan dipinggirkan hak mereka. Idea ini disuarakan oleh pemimpin yahudi yang bernama Israel Zanguel dengan katanya: "Sesungguhnya anggota PBB ini merupakan duta-duta bagi Israel".
Seorang penulis Yahudi bernama Alfred Douglas pernah berkata : "Sesungguhnya PBB akan menjadi pusat pentadbiran Yahudi dalam rangka menguasai alam ini".
Kajian yang dibuat menjelang akhir tahun 2002 menunjukkan bahawa 60% daripada pekerja PBB adalah anggota Freemasonry.

Yahudi mengidamkan bumi Palestin.

Pertama kerana lokasinya terletak di pertengahan negara-negara Arab. Palestin membentuk kombinasi geografi yang natural dan humanistik. Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanding dengan daerah lain kerana merupakan sebahagian dari tempat tinggalnya manusia pertama, tempat diturunkannya semua agama samawi(islam-kristian-yahudi), tempat di mana peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti komersil dan tempat penyusupan ekspedisi ketenteraan di sepanjang era bersejarah yang berbeza.

Lokasi strategik yang dinikmati Palestin memungkinkannya untuk faktor penghubung antara berbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah. Palestin juga menjadi tempat yang dijadikan pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat jiran. Ia menjadi jambatan penghubung bagi manusia sejak dahulu sebagaimana ia juga menikmati lokasi sentral yang memikat seluruh orang yang mahu bermukim dan hidup dalam kemakmuran.

Maka dari itu sangat alami kalau Palestin menjadi pusat bagi kerakusan banyak orang yang ingin berkuasa dan mengeksploitasikan keistimewaannya.

Dari sudut keagamaan pula,Haikal Sulaiman akan mereka bina atas runtuhan Baitulmuqaddis!
Strategi mereka juga ialah mencipta propaganda media antarabangsa dengan mengatakan pertikaian antara Palestin-Israel adalah pertelingkahan tanah semata. Tetapi apabila diselidiki ia membawa impak yang tidak seimbang terhadap politik dunia, ekonomi, kebudayaan dan paling utama agama islam sendiri.

Jelas, mereka melarikan isu agama dalam perbalahan tersebut supaya dapat menyorokkan niat mereka bagi menguasai dunia islam dan khazanah buminya.

Yahudi mencatur pemimpin Islam boneka

Strategi moden Yahudi dalam mencapai kehendak mereka ialah berupa penawaran lumayan terhadap pemimpin islam sendiri untuk menyertai kesatuan mereka melalui Freemasonry.
Sebuah badan sulit yang bergerak secara rahsia. Mengapakah pemimpin islam (baca sekular)diimpikan mereka? kerana apabila mereka dapat menguasai seseorang pemimpin negara sekaligus negara mereka juga akan menjadi jajahan takluk Yahudi.

Dr Yusof Al QaradHawi melihat negara islam sebagai negara yang penuh dengan hasil bumi. seperti di negara timur tengah yang kaya dengan petroleum dan negara Asia contohnya Malaysia dengan tanaman, getah dan kelapa sawit.

Maka beliau (Yusof alqaradhawi) menganjurkan apabila boikot digerakkan oleh seluruh dunia islam maka ekonomi barat yang bersekongkol dengan yahudi akan merudum. Yahudi dan Amerika menyedari awal akan perkara ini maka pemimpin islam yang dicorak pemikirannya oleh mereka akan dikawal dan mengikut arahan yang mereka telah keluarkan. Selain itu mereka juga berhasrat membalas dendam terhadap perkara yang telah berlaku keatas penindasan bangsa mereka dahulu.

Pemimpin Islam perlu serius dalam isu Palestin

Utusan online melaporkan berkenaaan ratusan ribu rakyat Palestin yang tinggal di jaluran pantai keluar masuk ke Mesir sejak militan meletupkan dinding besi di sempadan selepas Israel menutup laluan dengan Gaza.

RAFAH 25 Jan. _ Pasukan keselamatan Mesir hari ini mula menghalau pulang penduduk Palestin yang merentasi sempadan dengan Mesir dengan menggunakan meriam air serta memberi amaran dengan pembesar suara bahawa sempadan itu akan ditutup pada pukul 3 petang (pukul 9 malam waktu Malaysia).

Saudara, apakah ini cara layanan seorang pemimpin beragama Islam Mesir bernama Hosni Mubarak kepada saudara seagamanya? Demonstrasi jalanan melibatkan mahasiswa dan parti pembangkang diadakan demi menyokong mangsa pelarian tersebut malahan demonstran seperti itu dihalang. Presiden Hosni Mubarak terkontang-kanting memilih antara rakyat, pengaruh dan status beliau selaku pemimpin Islam ataupun memilih telunjuk Amerika selaku sekutu negaranya dan sumber bantuannya.

Ismail Haniyeh selaku Pemimpin Parti Hamas dan bekas Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin berkata "Pihak barat sentiasa saja menggunakan wang bantuan kemanusiaan untuk menekan kembali penduduk Palestin yang dibantu".

Ini berikutan langkah de-facto sekatan ekonomi yang dilakukan kerajaan Israel. Kerajaan Israel enggan menyerahkan lebih USD600 juta wang cukai milik sah warga Palestin di Gaza.
Ismail Haniyeh berkata beliau dilantik secara demokrasi oleh warga Palestin dan Israel tidak boleh menekannya. Israel tidak sepatutnya memberi layanan berbeza. Peruntukan wang cukai itu adalah hak sah rakyat Palestin, bukan sedekah daripada Israel.

Risalah dari Muhammad Mahdi Akif, Mursyid Am Al-Ikhwan Al-Muslimun berkata "Tidak ada perbezaan antara pemimpin yang dekat dengan pemimpin yang jauh dalam mengembangkan amanah bumi Palestin ini, kerana Mesir dan dunia Arab serta dunia Islam seluruhnya akan berjuang. Adapun Mesir kerana Palestin merupakan bahagian timur yang terbentang luas.

Sedangkan negeri Arab adalah kerana Palestin merupakan jantung dan pusat persatuan serta pusat kesatuan. Ia merupakan jaminan akan persatuan yang sedang tercabik-cabik walaupun dalam pelbagai macam kondisi,dan telah banyak menyumbangkan banyak korban.Sedangkan dunia Islam adalah kerana Palestin merupakan kiblat pertama, bumi ketiga yang disucikan dan merupakan tempat Isra'nya Nabi Muhammad SAW "(http://www.al-ikhwan.net/)

Melabelkan pejuang Islam sebagai terrorist

Amerika telah menganggap Hamas sebagai organisasi pengganas. Pada hakikat sejarah pertumbuhan itu hanya menentang gabenor yang korup dan khurafat didalam masyarakat. Sesiapa yang menentang barat akan dicop pengganas?.

Saya memandang penentangan mereka(pejuang islam) terhadap kezaliman penjajah dan kejahatan pemerintah tidak boleh dicop sebagai pengganas!

Alkisah, Amerika telah mengarahkan 50 juta dolar tidak dikeluarkan dari bank-bank asing untuk membantu kerajaan Hamas di Palestin. Pelabelan sebagai terrorist ataupun pengganas dilontarkan Amerika dengan idea Yahudi kepada umat Islam yang tidak bersetuju dengan mereka. Pelabelan ini bermula semenjak peristiwa pengeboman Pusat Dagangan Dunia pada 11 September 2001. Maka Al-Qaeda telah menjadi mangsa diskriminasi.

Sampai sekarang, bermacam andaian dibuat berhubung konspirasi yang berlaku di sebalik runtuhan bangunan yang menjadi mercu tanda bandar raya New York itu. Apakah pengeboman itu benar-benar berlaku ataupun merupakan rancangan jahat Amerika?

Kita lihat Amerika menggunakan alasan pengeboman tersebut bagi memenuhi pelbagai kehendak mereka terhadap negara islam.

+berkenaan dengan kebencian mereka terhadap agama Islam sendiri menyoroti perang salib yang pernah berlaku dulu. Maka ini merupakan peluang mereka memburukkan Islam dan membawa sejarah perajurit Salibiyah mereka dahulu.+berkenaan dengan sumber keperluan negara mereka yang makin susut iaitu minyak. Maka Afghanistan menjadi sasaran pertama mereka atas alasan membasmi alQaeda dan osama bin laden.

Pada hakikatnya mereka memulakan misi minyak mereka untuk Amerika masa depan!.
Presiden George Bush juga mengaitkan Al Qaeda dengan Iraq dan menggunakan kaitan ini untuk memebrikan justifikasi untuk menyerang Iraq dengan menggunakan, alasan bahawa kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein telah membantu kumpulan al-Qaeda. Sama juga dengan apa yang berlaku ketika pembunuhan ahli politik Pakistan,Benazir Bhutto dimana al-Qaeda dipersalahkan lagi dengan dicop sebagai terrorist dan dalang dalam pembunuhan tersebut!.

Perhatikan krisis Darfur pula, Sudan melihat Amerika seolah beriya-iya campur tangan dalam isu Darfur bagi mengalihkan pandangan dunia terhadap pencerobohan Amerika di Iraq dan penyembelihan yang dilakukan mereka terhadap As-syahid Saddam Hussein.
Sebenarnya terdapat hujah yang menunjukkan tanda-tanda campurtangan AS di dalam kekacauan di Darfur:

+Darfur sangat kaya dengan hasil-hasil bumi seperti uranium, gas asli dan emas. Menurut Menteri Luar Negeri Sudan ketika itu, Muhammad Najib El Khair berkata " AS telah berjaya menemukan sumber minyak di wilayah tersebut, namun, kami telah memberi kepercayaan kepada syarikat-syarikat daripada Asia untuk melakukan operasi carigali."

+Darfur merupakan pusat kegiatan Islam di Sudan dan wilayah tersebut mempunyai peranan penting di dalam menyatukan Sudan dengan Afrika dan Islam dengan Afrika. Umat Islam di Darfur amat gigih untuk melaksanakan sistem Islam secara menyeluruh. Kecenderungan tersebut tentunya sesuatu yang amat tidak disukai oleh barat pimpinan AS .

+Campurtangan AS menerusi pertubuhan agensi PBB seperti UNHCR dan Amnesti International, US telah berusaha untuk memaksa puak-puak yang bertelagah di Darfur agar menerima kehadiran pasukan PBB untuk memelihara kepentingan orang-orang awam dan pelarian.

Kekacauan di Darfur ( barat Sudan) dilihat sebagai batu loncatan kepada US untuk masuk ke wilayah tersebut untuk meraih potensi kekayaan alam di situ di samping dapat mengekalkan pengaruhnya secara berterusan di wilayah selatan Sudan .

Apa peranan OIC?

Jumlah keseluruhan bangsa Arab di 21 negara Islam adalah lebih kurang 300 juta penduduk. Manakala jumlah bangsa yahudi di Palestin mengikut bancian yang dibuat oleh aljazeera pada 1994 hanya 5 juta orang sahaja. Manakala jumlah keseluruhan bangsa yahudi di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat, Britain, Rusia, Poland, Perancis dan Turki ialah 15 juta orang.
Zionis menyedari akan hal ini bahawa sekiranya negara islam bergabung tenaga dan bersatu dengan mudah mereka (Zionis) dapat dikalahkan. Maka pelbagai strategi dirancang. Antaranya ialah melalaikan umat islam sendiri dari mengalihkan pandangan mereka dari isu palestin dengan menyebar dakyah berbau pornografi, artis-artis, muzik dan filem. Lihat sahaja filem mereka pasti berlaku pemesongan sejarah.

Mereka cuba bekerja keras melalui missionaris kristian dalam usaha memurtadkan orang Islam. Maka ini akan mengurangkan peratusan muslim didunia ini. Berkenaan kes Lina Joy dahulu,mereka menggunakan saluran anak didik mereka mewar-warkan tentang islam yang mereka cipta.

Hasilnya mereka telah menang dari sudut psikologi melemahkan umat islam di Malaysia apabila perundangan di Malaysia sendiri haru-biru menyelesaikan kes pemurtadan seperti itu.
Akibatnya umat islam berasa semakin jauh dari pemaknaan Islam yang sebenar akibat ada golongan sebegini yang menafsirkan Islam menurut hawa nafsu dan andaian mereka semata.Semua ini berlaku disebabkan kegagalan pemerintah menjaga islam di negara mereka.
Sistem kehakiman yang menggunakan undang-undang ciptaan barat, hasilnya segala yang berkaitan islam tetap kalah juga kerana barat tetap akan memastikan bahawa undang-undang islam tidak digunapakai dalam negara jajahan mereka.

Bagaimana dengan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)?

OIC hanya sekadar menjadi tempat retorik bagi pemimpin-pemimpin negara islam. OIC juga sudah menjadi acara tahunan pemimpin islam beraksi.

Falsafah nasionalisma yang diterapkan oleh yahudi dan amerika berjaya membentuk pemimpin islam sekular menjadi egoism, individualistik dan hanya menjaga kepentingan negara masing-masing. Selagimana fahaman barat atau bahasa kasarnya Yahudi masih terperap dalam pemikiran dan perbuatan pemimpin, selagi itulah segala ucapan dan tepukan gemuruh pada persidangan OIC tersebut tidak membawa faedah apa-apa.

Pengerusi OIC perlu tegas dalam meniupkan semangat perpaduan Islam kepada ahlinya. Jangan sekadar membaca teks yang ditulis oleh Setiausaha dengan sambi lewa. Malah perlu juga konsisten hingga membawa kepada tindakan di luar dewan.

Amerika menganggap diri sendiri selaku polis dunia yang mengawal bumi tetapi hakikatnya amerika lah sebenarnya dajal dan syaitan besar didunia ini.Kita perlu berhati-hati mengingatkan anak-anak dan generasi muslim akan racun yang mereka bawa.

Kata Imam al-Ghazzali "ketahuilah syariat adalah asal (asas) dan pemimpin adalah pengawal. Sesuatu yang tidak ada asal baginya maka ia akan runtuh dan sesuatu yang tiada pengawalnya maka ia akan hilang."

Adakah pemimpin negara anda sudah bersedia memikul amanah ini?
Penulis asal: Akmal Hamdy
http://amanpalestin.org/index.php

Khamis, 8 Januari 2009

JIEMMAN - Utusan Kedua

Huhu... Pagi ni aku bgn ngn senyuman... Nk tgk result peksa kt laman web http://result.polipd.edu.my/result... Maknenya aku kena semangat untuk sampai lebih awal... Cehh!!!




Aku nk citer ckit kt korang... Aku ni bekas pelajar Politeknik Port Dickson.. Intergrasi tahun Jan 2008... Aku juga bekas pelajar Politeknik Kota Melaka.. Intake Jan 2005 - Julai 2006... (cewah, promote plak) Aku ni kiranya mcm merantau laaa.. Aku kerja kt KL, sebagai JURUTEKNIK J17 kt di sebuah jabatan badan kerajaan... Bajar pon bukannya tinggi mane pon... Result pon cukup2 mkn je... Tp 3.++ laaa... Leh bangga la gak....









Ni lambang yang aku guna dulu... Politeknik Kota Melaka...









Ni lambang baru, mane lagi cara??.. Huhu



______________________________________


Politeknik Port Dickson... Baru je beberapa bulan aku meninggalkannya...





Aku duduk nun jauh di selatan semenanjung sana... Aku dok kat Johor Bahru... (tanah tumpanya darahku) Huhuhu... Aku cukup bangga dengan negeri tumpahnya darahku dan aku bersyukur kerna aku dilahirkan di sana... Huhuhu... Kay... Kita sambung lagi nnt... Klo ada pertanyaan, bgtau laa yeee...

Rabu, 7 Januari 2009

SEKILAS PANDANG - Permainan Online BiNaGara (M)

INTRO
BiNaGara adalah permainan yang berasaskan teks yang boleh dimain oleh kesemua lapisan masyarakat ... Mudah dipelajari dan amat menyeronokkan...

PEMAIN
Pemain perlu membangunkan negaranya untuk berjaya... Penduduk perlu diagih-agihkan pekerjaan, unit pertahanan perlu dilatih, teknologi perlu dinaiktaraf, kawasan perlu diperluaskan...

MATLAMAT
Serang negara-negara yang menggugat kemajuan negara anda dan jadilah yang terhebat...

RASAKAN
RASAKAN TEKANANNYA... RASAKAN KEMENANGANNYA... RASAKAN BAGAIMANA BERGELAR PEMERINTAH NEGARA...

Utk maklumat lanjut, sila layari http://www.binagara.com/empayar

SEKILAS PANDANG - Projek Tabung Ayam


Projek Tabung Ayam ini telah dilancarkan pada bulan September 2005 dan masih berjalan sehingga sekarang. Dan di sepanjang dua tahun lebih ini, telah ada beberapa perubahan yang dibuat walaupun secara am nya, prinsipnya masih sama. Hasil kutipan didermakan. Di mukasurat ini, walaupun menceritakan tujuan dan bagaimana projek ini akan dijalankan (sesuai dibaca bagi mereka yang tidak tahu menahu pasal projek ni), untuk lebih memahami, sila ke halaman utama blog, di joebangla.blogspot.com. Di bahagian kanan blog ini dipaparkan jumlah kutipan dan jumlah derma yaang telah dibuat. Juga projek semasa.

Utk keterangan yang lebih lanjut, sila layari http://joebangla.blogspot.com/2005/09/projek-tabung-ayam.html

Petikan diambil dari joebangla.blogspot.com.

JIEMMAN - Utusan Pertama

Assalammualaikum semua...

Pada hari yang bersejarah ini, aku memulakan langkah aku untuk membuka blog ini... (cehhhh... suspen je aku ni kn) Tujuan utama aku adalah untuk mencari rakan-rakan yang boleh berkongsi segala maklumat dari segi apa pun...

Untuk memulakan perjalanan blog ni, aku nk ceritakan serba sedikit dari mana datangnya nama JIEMMAN ni... Asal usul nama ni datangnya dari gadis kecil yang berasal dari Melaka... Dia yang bg nama ni kat aku... Dia juga memanggil nama teman hidupku dengan panggilan JAJA... Jika kita gabungkan, ia akan menjadi JIEMMAN & JAJA... Sesuai kn mana tu untuk kami?? (bangga ngn nama tu sebenarnya... xpernah aku terpikir pon) Harap dengan nama ni kami akan bahagia sentiasa untuk selamanya....

Aminnnn...